Ahad, 8 Mei 2011

Syurga…..Layakkah Kita???


¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ôMtR%x. öNçlm; àM»¨Zy_ Ĩ÷ryŠöÏÿø9$# »wâçR ÇÊÉÐÈ   tûïÏ$Î#»yz $pkŽÏù Ÿw tbqäóö7tƒ $pk÷]tã ZwuqÏm ÇÊÉÑÈ  
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, tidak ingin berpindah daripadanya.” (Al-Kahfi : 107-108)
Syurga atau jannah sering digambarkan sebagai tempat penuh kenikmatan, kemewahan dan kebahagiaan di akhirat. Tempat yang menjanjikan keselamatan dan kedamaian serta dambaan setiap insan. Lumrah manusia inginkan kenikmatan dan ketenangan samada semasa hidup atau sesudah mati. Namun, sering menjadi persoalan, adakah kita bersedia menghadap Allah Azza Wajalla? Atau cukupkah bekalan kita untuk menempuh perjalanan sesudah mati? Sesekali persoalan ini berlegar di minda kita, timbul rasa gerun atau takut kerana khuatir akan dosa yang dibuat.
Perasaan gerun atau takut tidak mendapat tempat di syurga selalunya dibiarkan berlalu begitu sahaja dan bertukar menjadi rasa takut tidak mendapat habuan dunia. Keseronokan dibuai kemewahan dunia semakin didambakan sehingga lupa bahawa usia kian singkat.
Pesan Rasulullah SAW kepada kita,‘’Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan onak dan duri. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. “
Seseorang yang hendak melayakkan diri ke syurga mestilah menempuh banyak ujian dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan rasulnya serta menjauhi laranganNya. Perjuangan untuk menempah tempat di syurga bukanlah perjuangan yang mudah. Pelbagai aspek perlu diambil kira untuk mendapatkannya melalui pengorbanan yang agak besar. Sebaliknya jalan yang penuh dengan hawa nafsu memang mudah diikut.
Manusia sering dibisikkan syaitan dengan kebaikan yang telah banyak dilakukan sehingga mewujudkan perasaan ujub dan riak sekaligus meleburkan pahala yang ingin kita perolehi. Perasaan bangga diri timbul di kala kita sering beranggapan telah banyak melakukan amalan soleh namun sebaliknya yang berlaku. Seringkali kita seronok apabila dipuji dan dilihat melakukan amal kebaikan. Namun untuk melaksanakan ibadah apabila berseorangan amat payah malah kita membuatnya sekadar ala kadar. Amalan soleh yang kita buat bukanlah sesuatu yang perlu kita kira dan tonjolkan, sebaliknya kita perlu sedar bahawa setiap amal soleh yang dibuat adalah tanggungjawab yang mesti kita galas di kala senang atau susah, lapang atau sibuk, rajin atau malas. Soal pahala yang menjadi imbalan dalam membuat kebaikan seharusnya tidak timbul kerana kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat untuk kita terus menggerakkan amalan.
y7Í´¯»s9'ré& ãNèd tbqãZÏB÷sßJø9$# $y)ym 4 öNçl°; ìM»y_uyŠ yYÏã óOÎgÎn/u ×otÏÿøótBur ×-øÍur ÒOƒÌŸ2 ÇÍÈ  
“Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka  dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”(Al-Anfal : 4)
Jika kita renung perjalanan sejarah kehidupan di kalangan sahabat Rasulullah SAW, kita sepatutnya berasa malu untuk mencongak jumlah kebaikan yang kita buat hari ini. Pengorbanan tulus yang dilakukan oleh para sahabat dalam memperjuangkan Islam amat berat dan sukar ditandingi. Perjuangan yang mengharapkan redha Allah SWT semata-mata dan pastinya syurga menjadi ganjaran. Justeru, siapa kita hendak bermegah dengan amalan kita? Terlalu mudah untuk kita berasa bangga dengan amalan yang tak seberapa berbanding dengan amalan sebahagian golongan sahabat yang telah dijanjikan syurga dan hebat kezuhudannya, tetapi masih merintih dan menangis malah menggigil ketakutan kerana khuatir mengenangkan bekalan yang sedikit untuk ke akhirat. 
Harapan untuk mendapat syurga perlu seiring dengan perjuangan dan amalan kita selain sentiasa berusaha mencapai keredhaan Allah SWT semata-mata. Ganjaran syurga adalah hadiah bagi hamba yang layak mendapat kedudukan di sisi Penciptanya, mereka yang tinggi kasihnya kepada Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan kepentingan lain. Usah terlalu leka mengira amalan yang telah dibuat sebaliknya teruskan perjuangan menegakkan agama Allah kerana syurga pasti menjadi milik mereka yang bermujahadah.

Khamis, 21 April 2011

Melihat Keindahan Ciptaan Allah







óOs9r& öNn=÷ès? ¨br& ©!$# ¼ã&s! ہù=ãB ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur Ü>Éjyèム`tB âä!$t±o ãÏÿøótƒur `uKÏ9 âä!$t±o 3 ª!$#ur 4n?tã Èe@à2 &äóÓx« ֍ƒÏs% ÇÍÉÈ  
Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Allah Menguasai pemerintahan langit dan bumi? ia menyeksakan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Al-Maidah ayat 40